Tuesday 19 February 2013

Umrah 2013

Assalamualaikum semua. 

Alhamdulillah saya dan keluarga baru sahaja menunaikan ibadah umrah pada akhir bulan Jan lepas. Kami sangat2 bersyukur kerana dapat menjejakkan kaki ke sana. Yang amat gembira sekali ialah Adikjo. Dia benar2 teruja dengan perjalanan kali ini. Hasratnya untuk mendaki jabal Nur di mana terdapatnya Gua Hira kesampaian juga.





Sepanjang kami di sana, ada beberapa tempat yang kami lawati. Walaupun tempat yang sama kami lawati  setiap kunjungan kami  ke sini, namun aura tempat dan kunjungan tersebut begitu segar dan cukup seronok.







Mungkin keikhlasan kami bertamu di bumi Allah ini menceriakan suasana. .  Tambahan pula, kami dipimpin seorang mutawif yng berpengalaman dan cukup sabar.





No comments:

Post a Comment