Monday 25 February 2013

ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Assalamualaikum,    

Asam di laut, ikan di darat dalam periuk bertemu jua. Begitu lah saya dan suami. Saya tidak menyangka akan bernikah dengan orang Kelantan, sedangkan saya berasal dari Johor. Takdir Allah kami  bertemu di Kuala Lumpur. ( Orang Johor ni kalau boleh nak kahwin dengan orang Johor juga. Rupanya orang Kelantan lagilah........ nak kahwin dengan orang dia juga. Kalau orang Kelantan kahwin dengan bukan orang Kelantan, mereka katakan ..kahwin dengan orang luar.. ) Tapi itu pandangan 20 tahun dulu kan..






Kami dipertemukan oleh rakan tempat bekerja suami. Mula2 diperkenalkan, saya tidak menyenangi sikapnya yang " berlagak semacam jer". Tanya sepatah jawab sepatah. Control macho konon. Mula-mula kami keluar beramai-ramai dengan rakan-rakan pejabat. Tiap hujung minggu ada saja aktiviti kami. (Tak payah lah nak cerita aktiviti zaman2 muda tu kan..) Lama kelamaan kami keluar berdua jer. Dan mula mengenal hati budi masing2. Saya amati dia tidaklah berlagak semacam seperti yang saya nampak dulu, tetapi  seorang yang selesa berbicara, matang, kool dan yang paling penting tidak kedekut dan panas baran. Walaupun selesa berada di sampingnya, tapi biasalah orang mudakan, banyak pilihan dan saham pun belum jatuh lagi...Saya diamkan saja perasaan saya.  Tapi orang kata orang yang baik ini kalau tak dijaga akan disambar orang. Mungkin disebabkan keselesaan antara kami itu lah dan Allah telah tetapkan sedemikian, kami pun menamatkan zaman bujang kami dengan restu ibubapa. 



Kami dinikahkan pada 21 Feb 1992 tapi majlis walimatul urus di buat pada 25 Feb 1992. Kami melayari awal perkahwinan dengan gembira sekali. Maklumlah orang baru.. Tapi biasalah kan.. dalam keseronokan itu, ada juga salah faham dan perasaan geram dengan tingkah laku masing-masing. Dah mula la bergaduh dari perkara2 yang remeh hinggalah perkara2 yang melibatkan diri, keyakinan dan macam2 lagi yang berat2. Adusss, pening kepala bila bergaduh ni. Pening kepala sebab tak berapa nak nyenyak tidur.





Tapi lama kelamaan kami belajar menerima kekurangan masing2, sebagaimana kami menerima keistimewaan masing2. Kami jadikan kesalahan lepas sebagai pengajaran masa depan. Walau hidup kami ada pasang surut ada gembira dan duka, tapi kami yakin keikhlasan kami membina rumahtangga bahagia akan sentiasa mendapat rahmatNya. Selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan pada suamiku  Zubir Abdullah. Selama 21 tahun , perkahwinan ini amat bermakna...










5 comments:

  1. Ehem ehem....perkahwinan yang berkat membawa bahagia. Semuga berbahagia hingga ke akhirat.

    ReplyDelete
  2. Tk Cik Suraya atas doa itu. Masih lg menikmati kebahagian ini....

    ReplyDelete
  3. Tk Cik Suraya atas doa itu. Masih lg menikmati kebahagian ini....

    ReplyDelete
  4. Tahniah. Moga bahagia sampai syurga. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tk Zue @ puspawangi. Sama2 la kita menuju syurga Allah

      Delete