Monday 25 February 2013

ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Assalamualaikum,    

Asam di laut, ikan di darat dalam periuk bertemu jua. Begitu lah saya dan suami. Saya tidak menyangka akan bernikah dengan orang Kelantan, sedangkan saya berasal dari Johor. Takdir Allah kami  bertemu di Kuala Lumpur. ( Orang Johor ni kalau boleh nak kahwin dengan orang Johor juga. Rupanya orang Kelantan lagilah........ nak kahwin dengan orang dia juga. Kalau orang Kelantan kahwin dengan bukan orang Kelantan, mereka katakan ..kahwin dengan orang luar.. ) Tapi itu pandangan 20 tahun dulu kan..






Kami dipertemukan oleh rakan tempat bekerja suami. Mula2 diperkenalkan, saya tidak menyenangi sikapnya yang " berlagak semacam jer". Tanya sepatah jawab sepatah. Control macho konon. Mula-mula kami keluar beramai-ramai dengan rakan-rakan pejabat. Tiap hujung minggu ada saja aktiviti kami. (Tak payah lah nak cerita aktiviti zaman2 muda tu kan..) Lama kelamaan kami keluar berdua jer. Dan mula mengenal hati budi masing2. Saya amati dia tidaklah berlagak semacam seperti yang saya nampak dulu, tetapi  seorang yang selesa berbicara, matang, kool dan yang paling penting tidak kedekut dan panas baran. Walaupun selesa berada di sampingnya, tapi biasalah orang mudakan, banyak pilihan dan saham pun belum jatuh lagi...Saya diamkan saja perasaan saya.  Tapi orang kata orang yang baik ini kalau tak dijaga akan disambar orang. Mungkin disebabkan keselesaan antara kami itu lah dan Allah telah tetapkan sedemikian, kami pun menamatkan zaman bujang kami dengan restu ibubapa. 



Kami dinikahkan pada 21 Feb 1992 tapi majlis walimatul urus di buat pada 25 Feb 1992. Kami melayari awal perkahwinan dengan gembira sekali. Maklumlah orang baru.. Tapi biasalah kan.. dalam keseronokan itu, ada juga salah faham dan perasaan geram dengan tingkah laku masing-masing. Dah mula la bergaduh dari perkara2 yang remeh hinggalah perkara2 yang melibatkan diri, keyakinan dan macam2 lagi yang berat2. Adusss, pening kepala bila bergaduh ni. Pening kepala sebab tak berapa nak nyenyak tidur.





Tapi lama kelamaan kami belajar menerima kekurangan masing2, sebagaimana kami menerima keistimewaan masing2. Kami jadikan kesalahan lepas sebagai pengajaran masa depan. Walau hidup kami ada pasang surut ada gembira dan duka, tapi kami yakin keikhlasan kami membina rumahtangga bahagia akan sentiasa mendapat rahmatNya. Selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan pada suamiku  Zubir Abdullah. Selama 21 tahun , perkahwinan ini amat bermakna...










Tuesday 19 February 2013

Umrah 2013

Assalamualaikum semua. 

Alhamdulillah saya dan keluarga baru sahaja menunaikan ibadah umrah pada akhir bulan Jan lepas. Kami sangat2 bersyukur kerana dapat menjejakkan kaki ke sana. Yang amat gembira sekali ialah Adikjo. Dia benar2 teruja dengan perjalanan kali ini. Hasratnya untuk mendaki jabal Nur di mana terdapatnya Gua Hira kesampaian juga.





Sepanjang kami di sana, ada beberapa tempat yang kami lawati. Walaupun tempat yang sama kami lawati  setiap kunjungan kami  ke sini, namun aura tempat dan kunjungan tersebut begitu segar dan cukup seronok.







Mungkin keikhlasan kami bertamu di bumi Allah ini menceriakan suasana. .  Tambahan pula, kami dipimpin seorang mutawif yng berpengalaman dan cukup sabar.





Monday 18 February 2013

Sembang2 petang


Assalamualaikum. 

Berselera sungguh saya dan rakan2 tadi menjamu cekodok ikan bilis panas, bubur kacang, pasta dan boiled potato. (boiled potato ni tak sempat nak tanya nama masakannya. Thank you kak yong for the lovely evening and delicious foods. Baru mlm tadi mengidam, tup2 hari ni dh dpt rasa. Alhamdulillah..

Geram3x betul kami dikejutkan dengan berita pembantu rumah yg melambung2kan bayi. Ni sah2 tak ada akal. Tp bagus la dah kena cekup pun. Kalau nak kerja, kerja la betul2. Jangan aniaya anak orang. Kalautak serius nak keje, balik aje kg tanam ubi. Saya memang bengang betul dengar kes2 mcm ni.

Ok.... saya update cerita lain pula.





Sunday 17 February 2013

nota ringkas utk diri

Assalamualaikum. lamanya saya tak menulis. cuma melawat blog rakan2 yang terer masak jer. tak tau kenapa sibuk sangat atau buat-buat sibuk. tp saya ingat saya sibuk  melawat melawat blog kawan2. tunggu la tak lama lg saya akan menulis semula. dah banyak cerita nak dikongsi