Thursday 29 August 2013

Raya Datang Lagi - Part 2

Assalamualaikum semua.

Entri kali ini saya nak cerita mengenai raya lagi. Walaupun syawal sebulan, tapi kita sepatutnya meraikan kegembiraan beraya pada hari raya pertama sahaja. Tetapi apa yang saya lihat di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya, adat rumah terbuka dan  kunjung mengunjung dilakukan sepanjang syawal. Mungkin minggu pertama bulan syawal warga kota pulang beraya dengan keluarga dan saudara mara di kampung. Hanya setelah seminggu beraya, baru lah warga kota pulang ke rumah sendiri. Dan mereka mengambil kesempatan untuk beraya dengan jiran, rakan pejabat dan kenalan masing-masing. Pada saya amalan ini amat baik dan amat dialu-alukan jika ianya dapat membina silaturrahim dan ukhwah sesama Islam.

Kami sekeluarga juga tidak melepaskan peluang untuk meraikan syawal. Malam raya, saya dan suami telah siap mengatur pinggan mangkuk di meja, menyusun perkakasan rumah dan mengemas dapur yang berselerak selepas menyediakan juadah berbuka dan juadah raya. 

Pada setiap malam raya, saya memang selalu syahdu sendirian mengenangkan ayah dan emak yang telah tiada. Apa tah lagi, malam raya saya la yang paling sibuk dengan aruah mak menyediakan persiapan raya. Ada ketikanya kami tidur hingga larut malam. Suasana malam raya di kampung amat terasa kemeriahannya mungkin ketika itu saya masih kecil dan remaja. Yang difikirkan ketika zaman itu hanyalah keseronokan beraya dan mengumpul duit raya. Betullah pepatah menyatakan zaman remaja hanya sekali. Kalau nak berseronok, dalam zaman keremajaan la yang paling best sekali.  Di kampung ketika itu, makin malam makin bising dengan bunyi mercun dan budak-budak bermain berkejaran. 

Selalunya selepas diumumkan raya,  selepas solat isyak, sekumpulan orang-orang surau akan berkunjung dari rumah ke rumah untuk bertakbir. Kunjungan ini akan berlarutan hingga ke tengah malam. Selepas bertakbir, mereka akan dihidangkan dengan makan minum ala kadar dan ringan sahaja. 

Pada subuh hari raya pula, selepas solat subuh sayup-sayup kedengaran takbir raya berkumandang . Pembesar suara di kampung pada zaman saya remaja dahulu tidaklah secanggih sekarang. Dahlah pembesar suara itu satu sahaja dan lama, orang yang mengetuai takbir itu pun orang lama dan suara pun serak-serak basah pula. Orang-orang muda pula, sama ada belum sampai kampung atau hanya menjadi pengikut orang bertakbir sahaja. Nostalgia ini amat berasa pada diri saya bila malam raya.

Kini hidup berkeluarga di Kuala Lumpur,suasana malam raya amat berbeza. Anak-anak pula membesar dalam suasana bandar seiring dengan gaya hidup moden dan peralatan yang serba digital. Tapi kami masih cuba menerapkan unsur-unsur budaya orang-orang melayu Islam dalam menyambut eidul fitri. Walaupun balik kampung bukan agenda utama kami lagi, kami pastikan sambutan raya di bandar masih ada aura kemeriahannya. Walau di mana kita berada, kita sendiri mesti menghidupkan kemeriahan itu dengan cara kita tersendiri, supaya anak-anak akan ingat suasana itu bila mereka berkeluarga pula. Jom layan gambar saya dan keluarga ...<3 <3 <3. Jumpa lagi dalam Part 3.










Wednesday 28 August 2013

Raya datang lagi - part 1

Assalamualaikum.  Selesai sudah kita beribadah di bulan ramadhan, kini tiba la masanya kita bergembira. Selamat hari raya semua. Raya kali ni byk yg buat sendiri dr tunjuk dan beli. Konon nk jimat. Tp tak tau la byk mana dapat jimat. Tp penatnya...berlarutan.  Jom tengok apa yg saya dpt kongsi di sini.
Add caption
Rendang ayam ni.. macam segan jer nak tunjuk. Pagi raya makan dengan ketupat dan nasi impit. Pagi raya makanan penuh meja. Yang buat sendiri dan yang dibawa oleh saudara yang datang bertamu.  Masa ni la, perut kempis sebulan berpuasa tercabar dengan juadah pagi raya ni. Tapi macam saya ni...cuba sedaya upaya nak maintain...


Tunjuk sikit-sikit jer sebab saya bukanlah terer sangat memasak. sekadar memenuhi keinginan anak-anak dan seronok kan diri sendiri, Walaubagaimanapun, amat teruja untuk mencuba resepi baru dari blog masakan yang saya ikuti. Kreativiti mereka sungguh menarik dan menakjubkan. Maklumlah golongan pakar....




Yang ini anak sulung teringin nak makan pavlova.
So.. ini lah cubaan pertama. Emmm bolehla..
Cerita raya ni tak habis lagi. Tunggu sambungannya...dalam part2.