Friday 13 January 2012

Aneka makanan Turki

Assalamualaikum semua....


Pada bulan disember lepas, aku dan family melancung ke Turki. Perjalanan kali ini diramaikan lagi dengan 2orang anak saudara ( Nani ) dan ( Najat). Selain mereka 3 orang anak bujangku dan kawannya ( Aiman ) ikut serta. Jadi aku dan suami seolah-olah membawa 6 orang anak! . Ramai rakan seperjalanan bertanya , adakah 6 orang itu anak kami. Selepas kami menceritakan perkara yang sebenarnya, baru lah rakan kami tergelak. Tak sangka kami sanggup bawa anak orang lain selain dr anak sendiri.Besar tanggung jawab tu.



Pada kali ini, aku tidak akan menceritakan tempat yang kami lawati di Turki. Tetapi sebaliknya, apakah makanan yang dihidangkan pada kami sepanjang kami di sana. Tempat yang kami lawati itu akan aku ceritakan di masa yang lain.


Kami sekeluarga memang menggemari roti, piza, cream soup dan semua jenis western atau mediterrainean food. Apabila mendapat peluang melancung ke Turki, kami seronok untuk merasa makanan yang akan dihidangkan  pada kami.Inilah antara makanan yang kami sempat makan. Menurut pemandung pelancung kami Baris, untuk mengenali masyarakat dan budaya orang Turki, tidaklah memadai melawat ke kota Istanbul sahaja. Kami digalakkan untuk melawat seluruh negeri Turki. Kota Istanbul sememangnya dihimpit dengan arus kemodenan yang melampau.  Tetapi jika melawat kawasan pendalamannya, maka terserlah keindahan budaya dan persekitarannya. Dalam diam, aku memanjatkan doa untuk bertamu ke negera bertuah ini.










No comments:

Post a Comment