Monday, 17 June 2013

Jalan-Jalan Ke Vietnam (Part 2)



Jalan-jalan ke Vietnam dgn SMZ Holidays ( Part 2 )


Lobby Hotel

Sempat posing depan lobby
Hi.:)  Part 2 ni hanya untuk cuci-cuci mata aje tengok gambar. Kalau nak ceritapun, cerita macam biasa yang  kita pernah pergi Vietnam.  Cuma yg sangat2 berbeza jalan kat sini dengan SMZ Holidays..... makanan yang disajikan!! Pergh!!! sampai tak termakan-makan... MEWAH, SEDAP, BERANIKA JENIS!!! Dan yang paling penting sekali... HALAL DAN BERSIH... Tak percaya? Serius!!! Tak tipu, Jom ikut melancung bersama SMZ Holidays. Rasakan sendiri :)  ( memang promote abis giler ni... benda baik kena share, tak leh makan sorang2). 

Jom tengok kami makan apa :)









Itu sebahagian sahaja gambar yg saya nak tunjuk di sini.


Depan Hotel Kingston

Dalam Bilik. Luaskan!

Ada TV, Small Fridge etc...


Sebenarnya penginapan di hotel ni memang selesa. Bilik luas dan amat selesa untuk solat. Bilik air ( lupa nak ambil gambar) ada standing shower yg selesa. Cuma gayung untuk kegunaan selepas buang air tak disediakan. Faham2 aje la kan. So.. botol meneral memang la amat berguna.

Pada saya dan keluarga percutian di sini amat seronok, murah dan berbaloi.  Tambang penerbangan yang murah dan berpatutan  sukar untuk  kami menolaknya apabila rakan mengajak kami ke sana.  Dalam hati, akan pergi lagi ke sini bila masa mengizinkan.









Saturday, 20 April 2013

Jalan-jalan ke Vietnam bersama SMZ Holidays ( Part 1 )




Assalamualaikum,



 Hari pertama , sightseeing dan tempah jubah/beli kain di pasar. Macam2 jenis kain ada. tetapi kena pandai buat pilihan dan menawar dengan harga yang berpatutan.




Ini gambar hari kedua, Chuchi Tunnel. Ini antara perangkap yang dipasang oleh orang vietnam dahulu semasa berperang dengan Amerika. Menarik kan!






Cik Abang saya sempat melepaskan beberapa das tembakan dr M16. Macam bergaya aje..


Namapun tak pernah pegang M16, macam kekok pulak nampak di sini. Walaubagaimanapun, gaya mesti ada. ( Wow! lengan dia macam Aaron Aziz laa )






Gambar2 ini di ambil sewaktu dalam tunnel.Sekarang  ni tak susah sangat masuk tunnel sebab ada tangga.
Cik Suraya  seronok masuk sini eh?

Ini Cik Abang saya












































Menunggu utk naik bot. 

Ini la bot tu. Bestkan!

Sempat tunjuk peace. tp dalam hati tu menggeletar juga!



Dah nak sampai, baru la tersenyum lebar. Walabaimanapun, best3x




Cruising Mekong River































Di sini ada beberapa gambar aktiviti santai kami semasa di Vietnam. Part 2 lawatan ini akan menyusul kemudian.




















Hingga bertemu lagi dalam Part 2 dalam Jalan-jalan ke Vietnam.


Friday, 22 March 2013

Adikjo dan piza


Anak saya ini memang suka menjadi model utk apa2 masakan yang saya buat. Saya memanggilnya "tukang rasa". Dan semua yg dirasanya tiada yang tak sedap, sebab dia memang berselera makan.  ( Lain la ayahnya yang saya gelar QCC ). Walaubagaimanapun, saya amat senang bila masak sesuatu, ada yang nak merasanya. 









Resepi piza ni takla secanggih dan sehebat penulis blog masakan yang lain.. Tapi boleh la untuk makan sendiri..

Monday, 25 February 2013

ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Assalamualaikum,    

Asam di laut, ikan di darat dalam periuk bertemu jua. Begitu lah saya dan suami. Saya tidak menyangka akan bernikah dengan orang Kelantan, sedangkan saya berasal dari Johor. Takdir Allah kami  bertemu di Kuala Lumpur. ( Orang Johor ni kalau boleh nak kahwin dengan orang Johor juga. Rupanya orang Kelantan lagilah........ nak kahwin dengan orang dia juga. Kalau orang Kelantan kahwin dengan bukan orang Kelantan, mereka katakan ..kahwin dengan orang luar.. ) Tapi itu pandangan 20 tahun dulu kan..






Kami dipertemukan oleh rakan tempat bekerja suami. Mula2 diperkenalkan, saya tidak menyenangi sikapnya yang " berlagak semacam jer". Tanya sepatah jawab sepatah. Control macho konon. Mula-mula kami keluar beramai-ramai dengan rakan-rakan pejabat. Tiap hujung minggu ada saja aktiviti kami. (Tak payah lah nak cerita aktiviti zaman2 muda tu kan..) Lama kelamaan kami keluar berdua jer. Dan mula mengenal hati budi masing2. Saya amati dia tidaklah berlagak semacam seperti yang saya nampak dulu, tetapi  seorang yang selesa berbicara, matang, kool dan yang paling penting tidak kedekut dan panas baran. Walaupun selesa berada di sampingnya, tapi biasalah orang mudakan, banyak pilihan dan saham pun belum jatuh lagi...Saya diamkan saja perasaan saya.  Tapi orang kata orang yang baik ini kalau tak dijaga akan disambar orang. Mungkin disebabkan keselesaan antara kami itu lah dan Allah telah tetapkan sedemikian, kami pun menamatkan zaman bujang kami dengan restu ibubapa. 



Kami dinikahkan pada 21 Feb 1992 tapi majlis walimatul urus di buat pada 25 Feb 1992. Kami melayari awal perkahwinan dengan gembira sekali. Maklumlah orang baru.. Tapi biasalah kan.. dalam keseronokan itu, ada juga salah faham dan perasaan geram dengan tingkah laku masing-masing. Dah mula la bergaduh dari perkara2 yang remeh hinggalah perkara2 yang melibatkan diri, keyakinan dan macam2 lagi yang berat2. Adusss, pening kepala bila bergaduh ni. Pening kepala sebab tak berapa nak nyenyak tidur.





Tapi lama kelamaan kami belajar menerima kekurangan masing2, sebagaimana kami menerima keistimewaan masing2. Kami jadikan kesalahan lepas sebagai pengajaran masa depan. Walau hidup kami ada pasang surut ada gembira dan duka, tapi kami yakin keikhlasan kami membina rumahtangga bahagia akan sentiasa mendapat rahmatNya. Selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan pada suamiku  Zubir Abdullah. Selama 21 tahun , perkahwinan ini amat bermakna...